Hari ni dipendekkan cerita, Kentang rasa sangat losser. Tidur seharian. Cuma bangun utk solat termasuk solat Jumaat dan keluar makan. Mungkin kepenatan. Sepatutnya hendak pergi ke Masjid Wilayah Jln Duta..tapi asyik bangun tidur bangun tidur sudahnya rasa lewat utk ke sana. Lepas solat Jumaat berhampiran rumah, pergi makan dalam hujan lebat pejuhh. Balik singgah kedai buku, masuk bilik dan tertidur semula. Sepatutnya hendak ke Komplek Tabung Haji Kelana Jaya, alamatnya ke lautt. Rasa bersalah sangat pada member-member. Sudahnya, bos kecil menelefon bertanya ada dimana. Terus terang sahaja tidur dan tidur. Cuma sebentar lagi ada appointment dengan existing client.
Tapi esok dah lusa yakni Sabtu dan Ahad, jadual Kentang penuh. Pagi nya seawal 9.00am sudah berada di MNRB Bangsar sampai ke tengah hari. Mungkin akan ke Tropiccana Golf Club ada event company mengenai breast cancer. Ataupun terus pergi ke Komplek Tabung Haji Kelana Jaya. Bergantung pada keadaan.
0 comments:
Post a Comment