Sunday, October 24, 2010

JEMAAH HAJI DAN KELUARGA

Sesungguhnya, hati ini meronta-ronta sedih, kagum serta hiba. Zahirnya, bukan ahli keluarga sendiri yang akan berangkat ke Tanah Suci Mekah. Pergi ke Komplek Tabung Haji Kelana Jaya atas urusan kerja. Namun kuasa Allah yang maha Esa, hari ni para jemaah haji lelaki lengkap berihram sebelum berlepas. Nauzubillah...sebak sangat rasa. Alangkah aku menjadi salah seorang tetamu Allah. Hati meruntun-runtun. InsyaAllah dalam masa satu dua tahun lagi, mak, mak Da, Mak Itam dan Pak Itam mungkin akan berangkat ke sana. Alangkah baiknya jika aku dapat pergi bersamanya. Subhanaullah, rasa hati sangat tersentuh. Tambah pula melihat kelibat serta gelagat ahli keluarga para jemaah. Perasaan sedih sangat menebal. Dengan kuasa Allah, seorang anak kecil lelaki rebah lembik melihat akan pemergian ayahnya. Hanya Allah sahaja yang mengetahui keadaan aku pada masa tersebut. Tersangat sebak. Tersangat sayu melihat keadaan yang berjujuran air mata pabila datang seorang lagi wanita mungkin 40an ataupun awal 50 bersalaman. Air mata sangat ikhlas tat kala ini. Aku sendiri tidak dapat menahan sebak. Hampir saja gugur walaupun bukan ahli keluarga. Pabila tahu akan jatuh, cepat-cepat segera beredar ke tempat kerja sendiri. Hampir nangis teresak-esak semasa terserempak dengan Kak Ma. Alhamdulillah, aku dapat menahannya. 

Lepas habis checked-in 930pm, lepak minum serta makan di Syed Bistro berdekatan komplek. Ya Allah, kali ini aku terserempak pula akan rombongan para jemaah ini berangkat menaiki bas diiringi oleh Polis, ambulans serta van Tabung Haji sendiri. Lantas, perasaan ni sememangnya tidak dapat dibendung sama sekali. Talipon mak di kampung walaupun sudah melepasi 1130pm. Bercerita dari Komplek Tabung Haji Kelana jaya, sampailah ke parkir Aman Heights. Semoga Allah permudahkan rezeki aku untuk turut serta mak ke tanah suci bersama nanti.

0 comments:

Post a Comment