Wednesday, October 27, 2010

ENTAH kenapa?

Entah mengapa dan kenapa, kelmarin gelagat di Komplek Tabung Haji Kelana Jaya lain. Seperti masing-masing gembira dan seolah-olah tidak ada apa yang disayukan oleh mereka-meraka yang berada di sana. Namun, Alhamdulillah, Kentang dapat solat berjemaah Maghirb bersama orang ramai dan bakal-bakal haji. Hidup terlalu penat. Lantaran balik, terus kentang landing Boeing 747. Zastttt sedar-sedar sudah pukul 6 pagi. Kira kualiti tidur yang baik namun masih terasa kepenatan.


Sunday, October 24, 2010

JEMAAH HAJI DAN KELUARGA

Sesungguhnya, hati ini meronta-ronta sedih, kagum serta hiba. Zahirnya, bukan ahli keluarga sendiri yang akan berangkat ke Tanah Suci Mekah. Pergi ke Komplek Tabung Haji Kelana Jaya atas urusan kerja. Namun kuasa Allah yang maha Esa, hari ni para jemaah haji lelaki lengkap berihram sebelum berlepas. Nauzubillah...sebak sangat rasa. Alangkah aku menjadi salah seorang tetamu Allah. Hati meruntun-runtun. InsyaAllah dalam masa satu dua tahun lagi, mak, mak Da, Mak Itam dan Pak Itam mungkin akan berangkat ke sana. Alangkah baiknya jika aku dapat pergi bersamanya. Subhanaullah, rasa hati sangat tersentuh. Tambah pula melihat kelibat serta gelagat ahli keluarga para jemaah. Perasaan sedih sangat menebal. Dengan kuasa Allah, seorang anak kecil lelaki rebah lembik melihat akan pemergian ayahnya. Hanya Allah sahaja yang mengetahui keadaan aku pada masa tersebut. Tersangat sebak. Tersangat sayu melihat keadaan yang berjujuran air mata pabila datang seorang lagi wanita mungkin 40an ataupun awal 50 bersalaman. Air mata sangat ikhlas tat kala ini. Aku sendiri tidak dapat menahan sebak. Hampir saja gugur walaupun bukan ahli keluarga. Pabila tahu akan jatuh, cepat-cepat segera beredar ke tempat kerja sendiri. Hampir nangis teresak-esak semasa terserempak dengan Kak Ma. Alhamdulillah, aku dapat menahannya. 

Lepas habis checked-in 930pm, lepak minum serta makan di Syed Bistro berdekatan komplek. Ya Allah, kali ini aku terserempak pula akan rombongan para jemaah ini berangkat menaiki bas diiringi oleh Polis, ambulans serta van Tabung Haji sendiri. Lantas, perasaan ni sememangnya tidak dapat dibendung sama sekali. Talipon mak di kampung walaupun sudah melepasi 1130pm. Bercerita dari Komplek Tabung Haji Kelana jaya, sampailah ke parkir Aman Heights. Semoga Allah permudahkan rezeki aku untuk turut serta mak ke tanah suci bersama nanti.

Friday, October 22, 2010

Terasa LOSSER!

Hari ni dipendekkan cerita, Kentang rasa sangat losser. Tidur seharian. Cuma bangun utk solat termasuk solat Jumaat dan keluar makan. Mungkin kepenatan. Sepatutnya hendak pergi ke Masjid Wilayah Jln Duta..tapi asyik bangun tidur bangun tidur sudahnya rasa lewat utk ke sana. Lepas solat Jumaat berhampiran rumah, pergi makan dalam hujan lebat pejuhh. Balik singgah kedai buku, masuk bilik dan tertidur semula. Sepatutnya hendak ke Komplek Tabung Haji Kelana Jaya, alamatnya ke lautt. Rasa bersalah sangat pada member-member. Sudahnya, bos kecil menelefon bertanya ada dimana. Terus terang sahaja tidur dan tidur. Cuma sebentar lagi ada appointment dengan existing client. 

Tapi esok dah lusa yakni Sabtu dan Ahad, jadual Kentang penuh. Pagi nya seawal 9.00am sudah berada di MNRB Bangsar sampai ke tengah hari. Mungkin akan ke Tropiccana Golf Club ada event company mengenai breast cancer. Ataupun terus pergi ke Komplek Tabung Haji Kelana Jaya. Bergantung pada keadaan.

Thursday, October 21, 2010

HOSPITAL SG BULOH

Rabu dan Khamis, kentang ke sana. Tujuan, sudah pasti bekerja. Namun, hasilnya kurang untuk dituai. Tapi insyaAllah, yakin pasti ada dan kena adakan hasilnya. Kerisauan untuk ke Spain semakin memuncak. Dalam pada itu, semakin hari semakin mencabar. Sangat tertekan sebenarnya namun muka ni dikentangkan buat-buat selamba di depan bos dan rakan taulan.

Semalam, pergi ke Ikano adjusted rambut yang macam haremmm..Kentang complaint outlet Jusco Equine yang telah berbuat sedemikian rupa...mereka terkejut. Suruh complaint pada supervisor outlet sana. Malas panjangkan cerita bila apek muda makan babis tidak professional dalam pekerjaan dia. Bila ditanya, sudah lapan tahun kerja mengunting rambut. Entah mungkin ada sikap perkauman di dalam hati yang tidak ada taman itu. Susahh bila bila ada hati sedemikian rupa...perkauman yang tak brtempat!Katakan tidak pada Quick Cut JJ Equine dan welcome back to Quick Cut Ikano.

Wednesday, October 20, 2010

Amarah KENTANG!

Hari ni memori KEM 515 Askar Wataniah Jln Ampang tahun 1997...mengamit imbasan kenangan Kentang. Bedanya, telah berpindah di dalam KEMENTAH. Luas dan tersesat. Mujur, Alhamdulillah ada seorang berpangkat Koperal sudi jadi tunjuk arah.

Asalnya tersilap masuk bangunan serta orang yg hendak dicari. Namun, namanya sama tetapi pangkat dan jantina berbeza. Alhamdulillah, ketemu jua selepas Kentang jenuh menunggu.

Cerita kat rumah pulak....erm kentang akan sound lepas ni. Apa guna belajar ke langgit, tapi tak ada otak. Sikap kiasu sgt jelas.

Tuesday, October 19, 2010

KOMPLEK TABUNG HAJI KELANA JAYA

Semalam kentang berpeluang ke melihat gelagat bakal jemaah haji dan hajjah di Komplek Tabung Haji Kelana Jaya. Terbit satu perasaan yang berbeza yakni "kalaulah kentang salah seorang daripada mereka yang terpilih olehNya". InsyaAllah, moga sebelum cecah umur 40 tahun, moga cita-cita ini tercapai agar dapat menunaikan fardu haji.

Sebenarnya buat pertama kali kentang jejakkan kaki di sini. Biasalah, pekerjaan kentang sekarang di mana manusia berada, insyaAllah di situlah kentang :D.

Monday, October 18, 2010

18 OKTOBER 1951

AsSalam..yeah blog ini dibuka pada hari tarikh lahir mak Kentang. Moga mak Kentang panjang umur dan dikurniakan kesihatan yang tip top walaupun lately ni makin mudah xsihat. Blog ni akan bercerita apa sahaja ikut kekentangan masa menulis. So macam-macam yang akan kentang ceritakan terutama mengenai kertas dan kehidupan si consultant kertas :D.